Ads 468x60px

Labels

Friday, 4 October 2013

Tips Mudah Untuk Jadi Blogger



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam usaha saya membantu mewujudkan lebih ramai Blogger dengan mewujudkan blog yang 'proper' bagi tujuan perniagaan atau pun peribadi mereka, saya sedar bahawa ramai juga yang berhasrat untuk menjadi penulis blog tetapi tidak terzahir entri-entri mereka.

Penulisan merupakan suatu kemahiran. Dan kemahiran menulis ini tidak datang dengan sekelip mata. Dunia blogging saya ada pasang surutnya kerana saya tidak pernah merancang untuk menghasilkan pendapatan melalui blogging walaupun saya sudah menulis blog secara aktif sejak 2008. Tujuan saya berblogging pada waktu itu adalah untuk memaksa diri saya menulis di dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris saya pada waktu itu amat teruk. Kalau tak percaya, boleh baca post-post saya yang lama di sana. Bukan sahaja grammar yang salah tapi nak faham apa yang saya cuba tulis pun rasanya agak sukar (saya sendiri pun garu kepala sebenarnya bila saya baca balik entri-entri yang dulu-dulu tu).

Tetapi, sedikit demi sedikit, entri demi entri, saya mula selesa menulis pelbagai artikel yang bersifat teknikal dalam Bahasa Inggeris walaupun bahasanya masih tidak betul, tapi tidak lah saya mengadap monitor 4 jam hanya untuk zahirkan satu entri. Selepas beberapa tahun penulisan blog di situ dah jadi macam perkara biasa. Rasa nak kongsi, buka WordPress dan mulakan menaip. Then, habis, baca satu kali, edit dan publish.

Jadi, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, jangan sedih jangan gundah kalau anda merasa sukar untuk menulis blog. Itu adalah perkara yang normal. Waktu ambil SPM dulu pun, bukannya kita boleh terus tulis karangan Bahasa Melayu gred A1 'out of the box' kan. Kena latih. Banyak penulisan. Dan kalau nak dapat A1 kena la ada guru untuk memeriksa dan menasihatkan kita. Sama juga dengan penulisan di blog. Keep posting and keep asking the old timers (blogger) tentang posting kita. Insya-Allah, dia akan kongsikan beberapa tips untuk kita perbaiki cara penulisan kita.

Apa yang penting. Tulis je yop. Tulis je. Setiap tulisan kita tu adalah latihan untuk kita menjadi blogger yang lebih baik. Jangan tunggu sampai entri tu nampak sempurna. Memang tak tertulis la kalau macam tu. Ingat, entri-entri anda yang lama yang anda rasa kurang best tu sentiasa boleh di edit dan di touch up pada masa mendatang. So no worries bro/babe.




Petua Penulisan Blog

Hasil nukilan anda di blog adalah cetusan buah fikiran dan rasa hati anda. Tetapi, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk dijadikan panduan kasar. Jom kita tengok.


Gunakan bahasa yang lengkap. 

Tidak semua orang faham bahasa yang pendek dan terlebih ringkas ni. Contohnya:
 "Aq x ske men gme yg sng2 sgt2. Titew sukew wak". 

Astahgfirullah, saya baca orang yang tulis macam tu pun, naik berpinar mata jadinya. Macam nak decipher encryption code pun ada. Jadi, apabila kita menulis, kita mesti ingat peringkat umur pembaca kita. Untuk blog yang bersifat separa perniagaan, kita jangan lah hadkan skop umur pembaca kita. Justeru, adalah amat disarankan kita menggunakan bahasa yang lengkap. (Kita pun tak nak surat khabar atau pun hatta majalah menggunakan bahasa ringkasan kan). Penggunaan bahasa yang lengkap menunjukkan penyampaian yang bersifat neutral dan professional. 

(Lainlah kalau blog kita bersifat peribadi dan golongan pembaca sasaran kita adalah rakan-rakan yang menggunakan bahsa yang sama dengan kita.)

Pastikan anda menggunakan penyambung ayat yang secukupnya. Tanpa penyambung ayat seperti "Oleh itu, Kerana, Jadi, Manakala, Justeru" dan sebagainya, agak sukar untuk membaca ayat-ayat tersebut. Kalau pengguna susah nak faham, macam mana nak bagi dia suka kan. 

Pesanan penulis: Sila tegur di ruang komen dibawah sekiranya bahasa yang saya gunakan pun susah untuk difahami. Insya-Allah, saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa (bukan senang weh, nak tulis dalam BM yang lengkap ni tanpa dok rojak sangan dengan English words..haaa, kan dah rojak).

Antara Saya dan Aku

Penggunaan kata ganti diri saya dan aku merupakan satu dilemma kepada kebanyakkan blogger yang baru. Kalau dalam Bahasa Inggeris, tiada masalah sebab yang ada hanyalah I sahaja. Tetapi dalam Bahasa Malaysia, perlu difahami konteks saya dan aku tu.

Pada pendapat saya, penggunaan kata ganti diri saya menunjukkan penulisan yang kurang bersifat peribadi berbanding aku. Justeru, bagi saya, untuk tujuan penulisan blog yang disasarkan kepada awam, adalah lebih sesuai anda menggunakan saya. Ini kerana, pembaca yang pertama kali membaca blog anda pastinya tidak pernah mengenali diri anda dan merasa tidaklah dia merasa janggal membaca entri anda.

Aku pula lebih bersifat entri peribadi. Entri yang lebih disasarkan kepada pembaca yang rapat atau seolah-olah rapat dengan anda. Secara peribadi, saya nampak entri yang menggunakan aku kurang professional bagi blog/entri yang bersifat perniagaan. Walaupun demikian, saya ada juga berjumpa dengan blog-blog otai yang sengaja menggunakan aku dalam entri mereka yang bersifat perniagaan dengan bertujuan untuk membiarkan pembaca mereka merasa rapat dengan mereka. Ada juga yang menggunakan kedua-duanya, bergantung kepada jenis entri.

Elakkan plagiarisma

Hah, apa pula plagiarisma ni. Nak tergeliat lidah makcik nak membacanya ni haa!
Ala makcik.. plagiarisma ni kan nama sejenis binatang di Afrika Selatan.

Hmm.. banyak la Afrika Selatan. Plagiarisma ni adalah cetak rompak atau dengan nama manja studentnya adalah COPY dan PASTE. Nama programmer pulak CTRL+C dan CTRL+V.

Budaya plagiarisma tak bertamadun ni sudah menjadi terlalu sinonim dengan blogger-blogger yang gilakan jumlah entri. Nak entri banyak tetapi malas nak duduk depan laptop dan menaip sendiri. Dah tu, main copy paste je kan. Kemudian, habis entri dia nampak tulisan tak sama size dan format. Adoyai, buruk benor entri tu nanti.

Perlu anda ketahui yang Google memberi penalti kepada anda sekiranya pengunjung datang ke blog anda dan cabut lari. Salah satu puncanya adalah pengunjung datang ke blog anda dan melihat apa yang dia cari tu, dia dah jumpa pada laman yang yang sebelumnya. Cuma tajuk je yang berlainan. Kalau dah macam tu, buat apa dia kekal di blog anda kan. Baik dia tekan BACK dan cari hasil carian yang lain. (Sila angkat tangan pelan-pelan kalau anda sendiri pernah laluinya).

Kalau benda ni berlaku di blog anda, anda dah rugi satu 'potential fan' kat situ. Bayangkan kalau reader tu datang ke blog anda dan jumpa sesuatu yang baru, besar kemungkinan dia akan baca dan kalau dia suka silap-silap dia bookmark. Dan kalau dia rasa entri anda tu menyumbang ilmu baru kepadanya atau dia merasakan yang kawan-kawannya mungkin bermanfaat dengan ilmu-ilmu tersebut; insya-Allah dia akan share ke Facebook atau laman sosial yang lain. (Makanya, kita wajib letak Facebook Like Button atau Share Button tu kat blog kita. Bukan untuk menagih 'like' tetapi untuk memudahkan pembaca 'Like'.)

Study Case:
Isteri saya terlibat dalam perniagaan MLM Shaklee. Dan saya sendiri telah membangunkan berpuluh blog untuk usahawan-usahawan ini (Kalau anda nak blog macam mereka, anda boleh la contact saya. Tiada masalah). Saya sendiri pun 'consume' Shaklee dan saya sendiri amat sukakan suplimen ini. But that will be different story, bukan kat blog ni ^_^.

Jadi, adalah menjadi perkara yang normal untuk saya google benda yang saya consume kan. Dan di sini lah saya jumpa, terlalu banyak blog yang betul-betul copy paste. Ayat sebiji sama. Tiada pengolahan semula langsung. Allah.. sayang sungguh. Sebab mereka dah dapat hit saya bermakna mereka dah berjaya untuk sampai ke page 1 Google search result, tetapi disesiakan dengan kandungan yang sama. Macam 'parrot' pulak. So, bila kali pertama atau kedua jumpa tak pe. Kalau dah kali kelima dan ke-6, mula la menyampah kan.

Jadi, kalau anda adalah usahawan MLM seperti Shaklee, cuba jangan sabotaj diri anda dengan menjadi blogger seperti yang saya nyatakan di atas. Peruntukan sedikit usaha dan masa untuk menghasilkan penulisan atau olahan (sumber dari beberapa blog dan anda mix and match mengikut citarasa anda dan gaya bahasa anda) yang unique. Bak kata 'Kak Cery', usaha kena seiring dengan impian. Betul-betul?

Etika Salin dengan Kebenaran; Ukhwah Yang Hebat

Blog anda adalah hasil nukilan anda. Namun begitu, adalah dibolehkan kalau anda ingin melakukan 're-post' cuma bagi lah kredit pada yang menulisnya dan sebaiknya mohon kebenaran. Lebih afdhal kalau kat bawah artikel tu anda tulis begini:

Contoh:
Disalin dengan kebenaran dari saudara Arham 

Jadi, tukang punya post yang asal pun naik seronok dan ukhwah antara anda dan penulis asal sudah pun terjalin. Lepas-lepas ni mudah lah korang nak saling tolong menolong promote post antara satu sama lain, komen post sesama sendiri dan bertukar-tukar tips. Dan cuba bayangkan kalau anda mempunyai hubungan yang sebegini dengan 25 blogger yang lain. Kan best. Silap-silap boleh buat gathering lagi. Baru lah tak terasa yang blogging ni satu beban dan keseorangan.

Kalau pun anda tidak berminat pada gathering blogger ini, mempunyai komuniti dan sosial antara bloggers dan juga pembaca blogger adalah amat-amat dititik beratkan oleh otai-otai blogger. Ini kerana, hanya apabila pembaca anda sudah bertukar menjadi 'fan' anda, dia akan mudah untuk 'like' entri anda walaupun entri tersebut bukanlah entri yang luar biasa. Dan memperoleh komen-komen dari pembaca dan rakan bloggers yang lain sesungguhnya akan boost pendedahan entri anda di mata Google dan juga pengguna-pengguna laman sosial yang lain.

Justeru, kalau anda benar-benar serius untuk menjadi blogger yang hebat, jangan segan jangan silu untuk membaca blog orang lain, like dan komen entrinya. Insya-Allah, dia akan melakukan perkara yang sama untuk anda. Dan jangan takut untuk salin dan bagi kredit kepada empunyanya kerana, ia bukan sahaja mengembirakan hati penulis asal malah anda memberikan impressi yang anda mempunyai integriti yang bagus sebagai seorang penulis. Rata-rata pembaca hormat pada penulis sebegini. Tak cukup dengan itu, pembaca juga suka yang anda memasukkan sumber-sumber best dari pelbagai sumber ke dalam blog anda. Pembaca akan rasa yang anda menjalankan servis menapis entri-entri yang tak best diluar sana dan memasukkan yang best sahaja di dalam blog anda. Justeru, blog anda seoalah-olah menjadi hub kepada entri-entri yang best je. Jangan risau, kalau niat anda betul dan cara anda ikhlas, pembaca memang tak lari ke tempat lain (cuba anda bayangkan, kalau anda di tempat pembaca dan jumpa satu blog yang sedemikian, nak ke anda lari ke blog lain? Mesti datang balik kan.)

Kesinambungan dan Istiqamah Dalam Post Entri Baru

Apabila anda sudah mempunyai peminat anda sendiri, adalah wajib anda cuba untuk istiqamah post entri-entri baru setiap beberapa hari (kalau tidak boleh satu entri sehari). Sebabnya, pembaca tak nak la bila dia dah minat ke blog anda, tapi bila dia datang check tengok, alamak..post yang lama lagi. Lusa dia datang lagi, masih post yang itu lagi. Lama-lama dia tak nak datang jenguk dah la. Kalau anda pun mesti rasa benda yang sama kan?

Tapi kita ni kan manusia. Bukan robot yang boleh diprogram untuk post entri baru setiap hari atau selang sehari. Tapi jangan bimbang, sebab kita manusia jugak lah kita telah mencipta teknologi Blog yang power seperti Blogger dan Wordpress. Kedua-dua enjin blog ini membolehkan anda set bila entri anda itu akan dipaparkan kepada awam. Jadi, kalau anda ni memang seorang yang sibuk dan hanya ada masa untuk berblogging pada hujung minggu je, apa kata kalau anda peruntukan sejam dua untuk anda menulis sebanyak 4 entri dan anda set setiap entri itu anda jadualkan untuk dipaparkan setiap selang sehari secara automatik. So dalam seminggu tu, what ever idea yang anda dapat, tuliskan nota kecil dalam buku atau phone/tab/pad anda. Nanti hujung minggu, karang baaeek punya. Ataupun, kalau ada entri-entri baru yang anda dapat idea dan boleh mengarang, anda boleh karang dan letakkan 'schedule' paparannya pada tarikh yang kelihatan istiqamah. Tak susahkan. 

Kesinambungan entri juga merupakan petua yang menarik. Maksudnya, apabila anda menaip sesuatu entri, anda tidak habiskan kesemuanya dalam satu entri sahaja. Contohnya, entri ini. Dan kalau anda dah baca sehingga ke perkataan INI, anda sedar yang entri ini agak panjang kan (ke amat panjang?). Jadi, untuk petua kesinambungan tu, (sebagai contoh) apa yang saya boleh lakukan adalah saya letakkan setiap satu petua di dalam artikel ini ke dalam beberapa entri yang berasingan. Dan saya set 'schedule' untuk setiap petua ini muncul setiap hari. Nak lagi best, yang entri kedua tu, siap backlinking ke entri nombor satu dan entri nombor tiga backlinking ke entri nombor satu dan dua. Hah! Itu sahaja dah satu petua tersendiri untuk perbaiki SEO atau ranking blog anda (kita bicarakan hal itu di dalam entri yang akan datang).

Soalan: Jadi, dah saya cerita pasal kesinambungan, kenapa saya tak buat macam tu? Kan baik untuk saya. Esok lusa tulat dah tak payah nak menulis lagi dah.

Jawapan: Sebab, saya sengaja tak nak pecahkan artikel ini kepada beberapa bahagian. Saya nak anda memperoleh manfaat sebanyaknya dalam perkongsian tak ni. Saya betul-betul komited untuk melihat anda menjadi blogger yang power. Lebih power dari Power Ranger color Pink. Pheweeet. (Sesungguhnya, saya amat kagum sekiranya anda dah baca sampai ke perenggan ini. Tabik spring!)


Pendek Cerita

Untuk menjadi seorang blogger, anda kena la tulis blog. Dengan kata lainnya, tulis je. Tulis dan tulis. Dalam masa yang sama belajar untuk menjadi penulis yang lebih baik dari semasa ke semasa. Untuk lebih mudah menulis dengan cara yang sepatutnya, amalkan petua-petua yang telah diberikan di sini dan sumber-sumber lain. Seterusnya, jangan lokek untuk komen dan like entri orang lain. Lonjakkan anjakan paradigma anda yang 'what I give, I will get more'. Hargai usaha orang lain dengan tidak melakukan cetak rompak di siang hari. Bagi la kredit pada penulis asal. Kalau boleh biar dengan kebenaran.

Tapi, yang pailng penting adalah...
Anda tulis la seperti anda berbual dengan rakan anda. Dari hati terus ke hati.


Giliran Anda Pula!

Anda ingin berkongsi tips dan petua yang anda jumpa atau amalkan. Atau anda ingin tambah dan memperkemaskan perkongsian yang sedia ada? So, kini giliran anda untuk 'return the favor by sharing with others'. Insya-Allah, setiap penyebaran ilmu itu adalah ibadah. So, apa tunggu lagi, jom kita bincang di ruang komen di bawah. Saya doakan segala urusan anda dipermudahkan-Nya.


Soalan mudah : What is your passion. (Apakah keghairahan anda).


Mudah ke soalan tu. It depend. Kalau kita jenis yang ada hobby dan enjoy life, kita senang jawab soalan tu. Tapi kalau kita ni adalah (dengan izin) zombie, susah jugak nak jawab soalan tu. 

Saya pernah ajukan soalan ini kepada insan yang rapat dengan saya dan dia tak dapat jawab walaupun setelah beberapa jam. Dia tak tahu apakah passion / keghairahan dia dah selepas hampir 10 tahun menjadi zombie. Kepala nya sudah terprogram. Setiap pagi aku bangun, drive pergi ke tempat kerja. Buat apa yang bos suruh. Cukup time aku balik. Cukup bulan amik gaji dan bayar hutang. Tengah bulan kalau tak cukup duit, swipe card credit.

Cuba tanya balik diri kita, apakah passion kita?

Hanya apabila kita ada passion, setiap benda yang kita buat menjadi perkara yang menyeronokkan dan tidak terasa masa berlalu dengan sungguh cepat. Sampai kadangkala termiss waktu makan tu perkara yang tidak pelik. Sampaikan kalau orang suruh buat free pun kita sure buat punya. Suka punya pasal. Itu lah passion.

Sekiranya kita masih makan gaji dan buat benda yang kita tak suka atau bukan passion kita... that is okay... tapi kena ada mentaliti "Do what you don't like in order to do what you like later on". So start saving up dan azam untuk kejar passion kita bila tiba masanya (yg ni pun kena spesifik bila).

So, saya tanya lagi... what is your passion?
Dah ada jawapan?
Kalau dah tahniah. Sebab next stage adalah..how can I help people with my passion.





Berkesan ke Pemasaran di FB dan Media Sosial?

29.29% Weh. Almost sepertiga mesti ngular dan masuk FB.
24.29% masuk GMail
22.82% masuk Yahoo Mail
14.4% masuk Youtube
9.89% masuk Twitter

Ini adalah statistik US. Kalau kat Malaysia rasanya FB tu lagi tinggi sebab Malaysia % pengguna FB tegar tertinggi di dunia. Malah Biz through FB Malaysia amat segar dan naik bagaikan cendawan.

So, apa yang kita boleh belajar dari sini?
 Yep, FB adalah next generation marketing medium

 Pemasaran email pun merupakan satu pemasaran yang menarik. Kalau ada budget sikit dan dah ada database, anda boleh subcribe service http://www.aweber.com/

 Youtube pun merupakan medium yang menarik untuk kita explore dalam memarketkan diri dan produk. Kalau korang tak dek channel youtube lagi, sila dapatkan satu account gmail dan create youtube channel anda sendiri. Pesan saya, channel tu biarlah kena dengan biz anda (not necessary product je... any sharing yang related dengan nich anda pun boleh).

 Not sure about twitter tapi saya kurang yakin penetrasi twitter di Malaysia benar2 tinggi sebab FB sekarang dah ada system ala2 twitter. But nevertheless, tak salah kalau kita linkkan FB dan Twitter so apa yang kita post di FB, twitter copy. At least, 1 dari 10 orang pakai twitter kan.


Kredit: fb.com/zulfa.com.my


Walaupun Tersungkur, Jangan 'Give Up' Kerana ...

Sebuah perkongsian hebat dari pemilik dan CEO D'Apple.



Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.

5 bulan lepas saya jatuh, duit dalam bank hanya tinggal RM970.00. Sebab jatuh? Berlaku miss management (kesilapan diri sendiri) dan juga ketirisan yang tak sepatutnya serta finishing dalam jualan yang tak tajam..

Dengan overhead sebulan sebanyak RM 30,000, sa...ya fikir bagaimanakah saya boleh 'survive' dalam keadaan ini.. Ujian Allah, semua pekerja berhenti, kecuali seorang pekerja restoran. Duit tak ada. Pokai, hutang sana sini.

Saya dah buat yang terbaik dan tidak pernah menganiyai sesiapa tetapi Allah ingin menyedarkan saya. Sebelum ni sedikit tidak berhati-hati dalam perbelanjaan dan pengambilan pekerja. Pekerja terlalu ramai. overhead tinggi. Bidang tugas pekerja tidak jelas.

Bila overhead tinggi, cash setiap bulan makin susut sampailah tinggal RM 970. Walaupun begitu, gaji tidak pernah saya tangguhkan. berapa yang dijanji, sejumlah itulah yang dibayar.

Allah sayangkan saya, lalu digoncangkannya sedikit keadaan yang sedikit selesa sebelum waktu itu untuk kesedaran. Bayangkan dalam keadaan gawat, semua pekerja berhenti. Berhenti sebab tahu syarikat sudah tidak punya wang. Bagaimana production mesti berjalan? Bagaimana restoran hendak beroperasi..?

Bermulalah episod kerja siang malam. Pagi petang siang malam, saya kerja. itu yang paling tepat. Pagi proses chicken chop, malam memasak direstoran.

Pada masa tu saya sedang menunggu kelulusan pinjaman SME Bank. Jumlahnya menghampiri RM1juta. Saya sangat mengharapkan pinjaman tersebut tapi saya sedar, prosesnya ambik masa yang agak lama. Sampai bila saya harus mengharapkan sesuatu yang saya tak tahu tempohnya. Saya fikir, saya tak boleh tunggu lagi dan saya terpaksa gunakan modal yang mana ada saja untuk buat 'bounce back'.

Saya bertekad untuk perbaiki semula kesilapan saya sebelum ini dan saya juga bertekad bahawa saya akan BANGKIT SEMULA!!

Bagaimanan saya bangkit semula?

Saya gunakan RM900 yang masih ada untuk buat sebanyak 180 kotak chicken chop. Jual cash.. Satu hari saya dapat jual kesemua 180 kotak tersebut. Saya gunakan kesemua hasil jualan hari pertama tu untuk dijadikan modal proses chicken chop untuk proses hari kedua.

Saya mampu proses 250 kotak daripada kesemua hasil jualan pada hari pertama. Pada sebelah malamnya pula saya buka restoran dan keuntungan disitu saya sumbangkan kepada modal untuk proses frozen chicken chop.

Cukup putaran proses selama 3 minggu, saya sudah punya modal untuk proses hampir 500-700 kotak Frozen Chicken Chop sehari. Bila stok buffer sudah mencukupi, maka bermulalah penghantaran semula stok ke stokis-stokis negeri seperti mana yang saya sudah buat sebelum ini. Saya baiki balik kelemahan dan perkuatkan. Negeri yang tiada wakil, saya wujudkan.

Oleh kerana kos penghantaran adalah tinggi, saya ambik keputusan untuk pergi hantar sendiri stok ke stokis-stokis. Kalau sebelum ini, saya mampu dan punya dana untuk menggunakan iklan akhbar, radio, berpuluh ribu flyers, beratus poster, banting dan banner, tapi kali ini tidak. Bajet tidak sesegar dulu. Dengan itu saya hanya gunakan facebook sebagai medium pemasaran dan pengiklanan saya sebab ianya percuma.

Dengan usaha pagi petang siang malam, saya mampu stabilkan kedudukan kewangan syarikat. Setelah 4 bulan berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan syarikat, saya dapat berita yang mengembirakan bahawa pinjaman SME Bank saya diluluskan. Alhamdulillah, selain dari dapat menyelamatkan dan menstabilkan kembali syarikat, saya dapat hadiah kedua iaitu pinjaman perniagaan diluluskan walau agak panjang tempoh penantian. Syukur Alhamdulillah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.

Pada saya, ini adalah pengalaman perniagaan saya yang sebenar dan paling mencabar sepanjang tempoh 7 tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Saya tak sangka dengan hanya RM900 pun kita boleh bangkit semula dan berjaya selesaikan overhead berpuluh-ribu RM sebulan. Bukan satu bulan, tapi 4-5 bulan.

Dari pengalaman inilah saya belajar bahawa,

MODAL YANG TERBESAR BUKAN HANYA WANG, TETAPI DIRI KITA SENDIRI JUGA. MALAH SAYA BERANI KATAKAN BAHAWA MODAL YANG TERBESAR SEBENARNYA ADALAH SEMANGAT DAN KEINGINAN KITA YANG INGIN BERJAYA. DAN SELEPAS ITU, MODAL AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA..

Modal diri dengan pertolongan dan keizinan Allah.. We're nothing without Allah.

Oleh kerana sudah biasa kerja pagi petang siang dan malam dalam tempoh terdesak itu, tabiat itu berkekalan sampai ke hari ini.. InshaAllah dengan modal pinjaman Allah ini, saya akan terus mengorak langkah kedepan. Jika denga RM900 boleh jadi begini, apatah lagi dengan RM1juta?? Ya Allah pandulah aku, berkatilah dan redhoilah perniagaan aku ini. Engkau selamatkanlah aku, keluargaku, kaum kerabatku dan juga perniagaanku. Kerna Engkaulah sesungguhnya Yang Maha Pelindung.. Aameen..

Sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat dengan kita.

Wallahualam..
Kredit to : Abdul Hakim CEO D'Apple


Dari Blog Melonjak Ke Bintang

Hi, Salam Perkenalan. 

Nama saya Arham Zulqarnaen bin Shamsudin dan saya merupakan pengasas Zulfae Solution, sebuah syarikat yang telah banyak membantu usahawan dan usahawanita dalam bertapak dan mengembangkan empayar perniagaan mereka di persada online. Keghairahan saya adalah ingin membantu seberapa ramai anak bangsa saya bangkit dan memecut ke puncak kejayaan dan kekayaan dari segi aspek ekonomi, gaya hidup masa dan sumbangan ukhrawi. Secara profesionalnya, saya adalah arkitek sistem berasaskan web atau nama kampungnya, programmer ;)

Blog Rasmi : ww.arhamzul.net
Web rasmi syarikat (berdaftar) : www.zulfa.com.my


Blog ini saya khaskan untuk berfungsi sebagai:
  1. Blog demo untuk mudah saya tunjukkan kepada para klien hasil akhir kerja saya dan apa yang mereka boleh jangka untuk dapat.
  2. Blog koleksi kata-kata dan kisah inspirasi yang saya jumpa serata di internet untuk bacaan ringan kita. Orang kata, inspirasi dan motivasi tidak akan kekal lama, justeru kita kena selalu memperbaharuinya.
Kenapa saya buat servis ini? 
Sebab memiliki blog yang mesra perniagaan dan laman sosial adalah amat penting.

Malangnya, saya lihat ramai yang memiliki blog tetapi sepi dan suram tanpa pengunjung. Ada juga yang mempunyai blog yang ceria tetapi kurang sesuai untuk digunakan sebagai blog perniagaan. Malah, banyak blog yang tidak ada langsung integrasi dengan laman sosial seperti Facebook, Google+ dan Instagram padahal ini lah elemen yang MEGA PENTING dalam memastikan apa jua yang anda tawarkan dan kongsikan menjadi VIRAL. Tak guna kalau kita post atau tawarkan peluang atau produk yang amat bagus tetapi tidak ramai yang tahu. Betul betul?

Tapi yang lebih parah adalah, mereka yang telah membelanjakan RMXXX untuk seseorang bangunkan blog untuk mereka tetapi mereka masih mendapat blog yang saya nyatakan di perenggan atas. Kesian. Sangat kesian. Justeru, saya komited untuk menggunakan salah satu kepakaran saya dalam pembangunan sistem, perisian dan laman blog untuk menzahirkan laman blog yang mesra perniagaan dan laman sosial untuk usahawan yang tekad dan sungguh-sungguh untuk berjaya pada HARGA yang AMAT RENDAH iaitu RM70 sahaja. 

Apa yang para usawahan ini akan dapat? 
Sebiji seperti mana yang anda lihat di blog ini. Tiada satu pun yang kurang. Malah, saya akan customize kan structur informasi dalam blog (seperti Label, Bar Navigasi dan sebagainya) mengikut keperluan mereka. Tidak cukup dengan itu, saya akan keutarakan pendapat dan konsultasi kepada mereka tentang bagaimana blog mereka patut di hasilkan dan digunakan supaya mereka mendapat impak terbesar daripada pelaburan ini.

Seberapa ramai yang ingin mendapatkan blog yang insya-Allah mampu bekerja untuk anda dikala anda tidur atau menghidupkan blog anda yang kini sakit, sepi dan suram kepada blog yang bertenaga dan mampu meningkatkan pendapatan anda, sila hubungi saya di :

Personal Account: PM
PM FB Page : PM
Phone / WhatsApp/ SMS : 018-9174 911

---

Jika anda benar-benar ingin berjaya dan bertekad untuk mengubah ekonomi diri anda dan keluarga tetapi merasakan RM70 itu terlalu tinggi dan anda benar-benar tidak mampu untuk membayarnya + anda tidak merokok dan tidak miss menunaikan solat 5 waktu, sila PM saya dan kita bincangkan jalan dan caranya. Konsultasi adalah percuma.

Percayalah, asalkan ada keinginan yang kuat, cara dan bagaimana untuk mendapatkannya akan datang dengan sendirinya.






 

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Dengan Kerjasama

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my